Peristiwa ni terjadi semasa malam sabtu. Asyik2 aku dgr lagu tetiba aku menjeling ke arah buku2 yang aku susun d satu sudut d bilik bacaan aku. Ternampak la buku ‘CompTIA A+’. Tetiba aku tringat masa ambil kursus ni semasa sem berakhir sebelum aku pulang buat selamanya ke johor. Aku ambil dan aku selak.aku rasa ni kali ke 3 aku selak buku setebal 6cm ni...fuh...dlu masa nak amik exam ni mau x bernanah mata kene bace. Ntah kali ni aku bukak sebab aku rasa da tiba masa untuk aku baca dan fahami. Mungkin tahun ni target aku nak sambung stdy. So aku kene melengkapkan diri dari awal. Lagipun buku ni banyak kelebihan iaitu merangkumi kerja2 harian aku. Aku xnak la selamanya berada di tahap sekarang dan hanya bekerja di sekolah. Aku punyai target yang terlalu tinggi dan aku harap aku akan sampai ke target itu sebelum aku menghembuskan nafas aku yang terakhir sbb aku penah berjanji bahawa aku akan capai setinggi mana yang aku boleh capai untuk memenuhi segala impian aku. Aku tau bukan senang nak sampai ke tahap itu sbb aku bukan d kategorikan sebagai seorang manusia yang bijak pandai. Selagi usaha ada, aku percaya yang aku akan berjaya sbb sebelum ni pun hanya usaha aku yang membolehkan aku sampai ke tahap ini. Aku menganggap sekarang hanyalah tapak permulaan untuk aku. Mungkin aku lambat dari kawan2 ku yang belajar bersama2. Ada yang sudah menjadi jurutera, doktor dan mcm2 lagi. Aku tahu rezeki aku untuk ke tahap itu belum lagi. Aku akan cuba sampai ke target itu. insyaAllah.
Yang penting aku memang nak lanjutkan plajaran sampai ke luar negara. Memang susah dan agak mustahil untuk aku tp aku akan usahakan. Itu antara satu impian aku semasa kecil.
So itu sahaja yang aku nk luahkan...
No comments:
Post a Comment